Ahad, 18 September 2022

5 Perbezaan Tengkorak Dewasa Dan Tengkorak Bayi

Tulang manusia digunakan untuk bergerak, melindungi diri dan melakukan kerja. Anatomi tulang manusia sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu rangka paksi dan rangka apendaj. Rangka paksi mempunyai tengkorak. Sebenarnya, tengkorak dewasa dan bayi adalah tidak sama. Berikut adalah 5 senarai perbezaan tengkorak dewasa dan tengkorak bayi. 

1. Bentuk tengkorak

Bentuk tengkorak mereka adalah berbeza kerana bentuk tengkorak dewasa adalah berbentuk bujur manakala tengkorak bayi adalah berbentuk bulat, 

2. Kekerasan tengkorak

Tengkorak dewasa adalah lebih kuat dan keras berbanding tengkorak bayi yang mana lebih fleksibel berbanding tengkorak dewasa. Tengkorak dewasa lebih tebal tulangnya sehingga ke dahi sebagai perlindungan dan boleh mengambil lebih banyak ketukan berbanding tengkorak bayi yang lebih nipis dan terdiri daripada tulang yang boleh berubah bentuk. 

Bukan itu sahaja, tengkorak bayi mempunyai ruang yang dipanggil fontanel atau ubun - ubun yang mana disitu mempunyai ruang tempat yang lembut. Fontanel ini adalah untuk memudahkan kepala bayi muat memasuki saluran peranakan sewaktu ibu melahirkan bayi. Justeru itu, berhati - hatilah apabila hendak memegang atau mendukung bayi. Bagi tengkorak dewasa, fortanel ini sudah tiada kerana keseluruhan tengorak sudah lengkap dan keras.

3. Cantuman tulang tengkorak

Tulang tengkorak bayi sebenarnya belum lengkap dan tulang- tulang mereka tidak mempunyai cantuman sutura. Tengkorak orang dewasa pula adalah lebih lengkap kerana tulang - tulangnya telah dicantum bersama sepanjang garis sutura supaya tengkorak dewasa menjadi lebih keras.

4. Saiz tengkorak

Jika dibandingkan saiz mereka, tengkorak bayi lebih kecil dan sendi antara plat tulang tidak ditutup dan tidak dicantum sepenuhnya. Tengkorak dewasa pula lebih besar saiznya kerana semua tulang telah tercantum sepenuhnya.

5. Tulang muka tengkorak

 Antara orang dewasa dan bayi, pada tulang muka mereka juga mempunyai jumlah tulang yang berbeza. Tulang muka dewasa membentuk 1/3 tengkorak manakala tengorak bayi pula membentuk 1/8 tulang muka pada tengkorak.

kesimpulannya, semua perbezaan ini ada kelebihannya yang tersendiri kepada orang dewasa dan bayi. Sebagai contoh, tengkorak dewasa lebih sesuai dalam keadaan keras kerana lebih tahan apabila terantuk atau terketuk. Tengkorak yang keras dapat melindungi otak kita. Bagi bayi pula, kelebihan tengkorak mereka lebih lembut adalah untuk memudahkan proses kelahiran bayi melalui saluran peranakan ibu. Justeru itu, selepas bayi dilahirkan, perhatian yang lebih perlu diberikan supaya kepala bayi tidak tercedera.  

sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan