Ahad, 18 September 2022

Cara daftar Kursus kahwin di Pahang

Pada zaman endemik covid - 19 ini, kita telah dibenarkan untuk melakukan kursus pra perkahwinan secara bersemuka. Disini saya akan berkongsi langkah - langkah bagaimana untuk mendaftar kursus pra perkahwinan di Pahang. 

Pertama sekali, untuk maklumat anda, semua pendaftaran kursus pra perkahwinan di Pahang wajib mendaftar secara online sahaja. Klik link dibawah ini: 


Dihalaman link ini, terdapat terma dan peraturan untuk kursus pra perkahwinan di Pahang. Di bawah halaman ini terdapat butang "Daftar Penyertaan". Sekiranya anda ingin mendaftar kursus ini, kliklah dibutang "daftar penyertaan" itu.

Selepas itu, untuk pilih anjuran anda boleh memilih untuk klik "Semua Pejabat Agama Daerah" dan klik "cari". Laman ini akan menyenaraikan tempat - tempat yang sedang menganjurkan kursus ini. Anda boleh melihat tempat, tarikh dan jumlah kekosongan yang masih ada. 

Semua pejabat agama daerah akan membuka pendaftaran kursus pra perkahwinan setiap tahun. Walau bagaimana pun, pejabat agama di setiap daerah bukanlah membuka pendaftaran kursus pra perkahwinan ini setiap bulan. Sekiranya, pejabat agama daerah anda sedang membuka pendaftaran kursus ini, jangan lepaskan peluang, teruslah klik "Daftar Sekarang" yang berwarna hijau itu. Saya sarankan untuk anda pilih tempat yang paling terdekat dengan tempat tinggal anda. Hal ini kerana kursus pra perkahwinan ini memerlukan anda untuk datang ke sana seawal pukul 7 pagi.

Untuk mendaftar, semua maklumat penting haruslah anda isi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, negeri, daerah, sektor pekerjaan, tahap pendidikan, jantina, nombor telefon, cadangan tarikh akd nikah dan pilih negeri untuk kebenaran jabatan agama islam. Bagi anda yang masih belum mempunyai calon pasangan atau masih tiada tarikh akad nikah. Pada bahagian "cadangan tarikh akad nikah" anda boleh isi apa - apa sahaja tarikh yang sesuai manakala pada bahagian "kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri" anda boleh pilih negeri Pahang.

Setelah anda mengisi semua maklumat, tandakan di "klik sini" dan klik butang "simpan". Seterusnya, maklumat permohonan anda akan terus berjaya dihantar.. Bagi melihat slip permohonan anda, klik "kembali" dan anda akan dibawa ke halaman utama link yang saya bagi tadi. Di situ anda boleh klik "cetak slip permohonan" dan isikan nombor kad pengenalan anda untuk cetak slip anda.

contoh slip permohonan kursus
                       contoh slip permohonan kursus

PENTING!!! sila print Slip Permohonan Kursus dan photostat Kad Pengenalan. Salinan slip permohonan dan salinan kad pengenalan haruslah dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah yang dimohon bagi tujuan pembayaran. Pembayaran penyertaan yang akan dikenakan untuk tahun ini adalah sebanyak RM80 sahaja. Pembayaran ini hanya boleh dibuat di pejabat agama daerah yang dimohon. Jangan bayar ditempat lain. 

Pengesahan penyertaan haruslah dengan SEGERA dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu dari tarikh permohonan yang dihantar. Selagi anda tidak membayar, selagi itu penyertaan anda tidak akan disahkan. Kekosongan penyertaan kursus ini adalah tertakluk kepada jumlah peserta kursus yang telah berjaya membuat pembayaran sahaja.

Peringatan penting disini, anda dikehendaki untuk menyemak semula status kekosongan terkini sebelum anda hadir untuk membuat pembayaran dan pengesahan di pejabat agama. Jangan lupa, untuk masuk ke pejabat agama daerah anda perlu berpakaian menutup aurat dan sopan.

Saya harap perkongsian ini dapat membantu anda. Terima kasih sudi membaca penulisan saya, yang baik semua datang dari ALLAH, yang buruk semua dari kesilapan saya sendiri. 

Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. 

Sekian, terima kasih.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan